Pages

Monday, August 15, 2011

FACEBOOK BAHAYA ?
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing.


Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham..

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Cuba kita lihat pula pendapat Ustaz Zaharuddin tentang isu ini.
i) Bagi mereka *yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook*, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna
facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
ii) *Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan* dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
iii) *Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam* seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.
iv) *Tidak mempercayai aplikasi tilik moden *seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.
v) *Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing* untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook.

Menyertai Facebook tidaklah haram, tetapi jika ada pilihan/alternatif, kenapa tidak digunakan alternatif itu? Ada banyak lagi laman sesawang yang di jamin 100% hasil karya anak tempatan yang boleh kita sertai seperti myfriends2u, yemmzz, APER, dan Ruumz. Oleh itu, saya menyeru kepada mana-mana penggemar FB supaya berubah angin kepada laman2 sesawang tempatan.

Ini adalah emel daripada seorang reader blog ni. Kebenarannya betul atau tidak tuu tak sure macam mana.

No comments: